Buat Duit Melalui Pekerjaan GiG / Freelancer

WordLinx - Get Paid To Click

Apakah Maksud Pekerja Gig?

Pekerjaan Gig adalah merujuk kepada pekerjaan yang dilakukan secara bebas tampa bergantung kepada mana - mana majikan atau syarikat. Pekerjaan Gig atau ekonomi Gig ini dilakukan hanya sebagai pekerjaan sementara,sampingan, kontrak atau bebas. Pekerjaan Gig ini termasuk juga dengan freelancer. 

Pekerja Gig adalah mereka yang terlibat untuk menjalankan sesuatu tugas atau kerja di mana mereka dibayar upah yang disokong melalui platform penyedia perkhidmatan atas talian (online) serta aplikasi digital.



Ekonomi gig di zaman digital ini sangat mempengaruhi pertumbuhan ekonomi negara. Penerimaan rakyat terhadap ekonomi gig menjadi penyumbang utama kepada syarikat-syarikat untuk terus bertahan dan berdiri kukuh dalam jangka masa yang panjang.